Thursday, 9 June 2011

French Macaron anyone?

One of the most challenging cookies on earth. I've done this twice. One using the French method, and this one using the Italian method. I'll translate a site - Macaron : Tips, Tricks and How To Macaronnage, if I've time, insyaAllah.

This recipe I got from a video on Youtube (translated to BM for easy reference). Credit to favabeany:


Bahan untuk shell:

Bahan A

120 g badam (kisar halus)*
120 g gula aising* (ayak sekali bahan bertanda *)
60 g putih telur
beberapa titis pewarna/perisa

Bahan B

60 g putih telur
100 g gula kastor/gula biasa
50 g air


Cara buat:

1. Satukan ke semua bahan A hingga sebati menggunakan spatula sehingga menjadi pes.

2. Di dalam mangkuk yang bersih dan kering, masukkan putih telur. Sebaiknya telur ini disimpan di dalam peti ais selama beberapa hari sebelum digunakan. Untuk guna, keluarkan dari peti ais dan biarkan sekejap pada suhu bilik. Pukul telur tadi sehingga kelihatan soft peak.

3. Sementara telur dipukul (pemukul perlu dibiarkan dalam keadaan berputar sentiasa. Kelajuan sederhana), panaskan gula kastor bersama dengan air di atas dapur gas sehingga ia mencecah suhu 118'C.

4. Tuangkan perlahan-lahan sirap yang masih panas tadi ke dalam telur yang sedang diputar. Pukul lagi sehingga adunan menjadi sejuk, berkilat dan kental lebih kurang selama 15-20 minit (sekiranya diangkat adunan takkan jatuh. Rupanya seakan-akan krim putar yang telah diputar).

5. Masukkan sedikit adunan telur putih ke dalam adunan badam. Kaup menggunakan spatula perlahan-lahan. Masukkan bakinya dan gaul rata. Jangan overmix. Adunan ini tidak sepatutnya cair dan bila diangkat ia akan turun perlahan-lahan (lava look).

6. Masukkan adunan macaron ni ke dalam piping bag. Picit dan jarakkan adunan ini di antara satu sama lain bagi membenarkan ia naik & mengembang. (saya print bentuk bulat ke atas kertas A4 & letakkannya dia bawah baking paper supaya saya boleh menggunakannya lagi :)). Tanpa menggunakan pencungkil gigi, hentakkan saja dulang berisi adunan macaron perlahan-lahan bagi membuang ruang udara. Rehatkan selama 30 minit.

7. Sementara adunan direhatkan, panaskan oven ke 130°C (atau bergantung kepada oven masing-masing).

8. Masukkan dulang macaron ke dalam oven & masak selama 10-15 minit. Menggunakan api bawah saja. Apabila macaron masak, biarkan ia sejuk sebelum diletakkan isi.


* untuk filling, sila ikut citarasa anda... buttercream pun boleh, nutella pun boleh, ganache pun boleh... etc. yang ini saya gunakan blueberry untuk mengimbangi kemanisan shell macaronnya.



Best sungguh rasanya bila kaki mac ni keluar... terasa seperti semacam nak melompat saja... Sedikit tips untuk membuat macaron ~ pastikan ia dibuat ketika cuaca panas (tapi saya buat ni ketika malam, ada solutionnya) & buatlah dengan senyumannnn :).

8 comments:

Anne Amrul said... Reply to comment

Assalam.. x leceh ke nk buat?? mcm payah je saya tgk.. btw.. mmggeram tgk macaroon awak ni..

Sue Aleen said... Reply to comment

@Anne Cookie-Licious
Tak cuba tak tahu. Mula rasa leceh. Tapi bila mac tu keluar kaki dia rasa macam nak menjerit & melompat je.

Anonymous said... Reply to comment

Manis sangat tak macaron ni?

Sue Aleen said... Reply to comment

@Anonymous
Tak nak manis kena kurangkan gula kastor. Resepi asal ni 185 g, saya just guna 100 g je. Lagi satu kena imbangi filling dengan rasa manis tu. Kalau macam ini, blueberry memang kena sangat dengan mac.

Anonymous said... Reply to comment

Thanks for the tips.. Excited nk try.. Tgk ur macarons yg cute n cantik tu- i tak sabar nk buat.. Anyway, i love ur blog.. Got few more recipe yg i nk cuba. Thanks for sharing :)

Sue Aleen said... Reply to comment

@Anonymous
Blog baru nak mula. Thanks.

Anonymous said... Reply to comment

I have tried this recipe.. Tp my macaron tak jadi.. Shell dia tak smooth n kaki macaron tu tak keluar pun.. But the taste was good.. Can give me some advice or tips?

Sue Aleen said... Reply to comment

@Anonymous
Menurut ramai orang yang buat mac ni, walau pun dah biasa buat, tak semestinya menjadi setiap masa. Dan kalau buat pun dalam beberapa batch jadi macam lain. Contoh macaron coklat saya (rujuk entry). Bahan & cara buat dalam entry ni diterjemahkan ke dalam BM untuk kemudahan bersama. Cuba rujuk video & link yang ada untuk lebih confident.

Itulah sebabnya saya tulis, it's one of the most challenging cookies on earth.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...