Friday 10 June 2011

Spaghetti Olio


Ini merupakan antara masakan pasta yang paling mudah dan cepat dibuat. Tapi sangat mengenyangkan dan tak muak. Bahan-bahan asasnya pun sedikit namun boleh diubah mengikut citarasa masing-masing.

Resepinya:

1- Setengah bungkus spaghetti. Rebus dengan air + sedikit minyak + sedikit garam sampai kembang. Warnanya akan bertukar. Bilaskan dengan air dan toskan.

2- Sosej/isi ayam/udang/sotong. Yang ni 3 batang, potong nipis.

3- Masukkan 2 sudu besar minyak zaitun (kalo tak de, minyak biasa pun boleh) dalam kuali panas. Masukkan cili kering yang dipotong serong (3-4 batang) & garlic granules/bawang putih cincang. Goreng sehingga bawang putih berwarna keperangan. Jangan sampai hangit . Kemudian masukkan pula sosej. Balik-balikkan hingga keperangan (sosej ini boleh juga dipotong dan disangankan di atas kuali yang tidak melekat tanpa minyak terlebih dahulu).


4- Masukkan 1/4 kiub ayam, serbuk oregano, lada hitam/lada sulah + oregano kering & daun parsley. Masukkan juga sesudu teh garam. Balik-balikkan.

5- Masukkan spaghetti dan gaul rata selama 3-5 minit. Angkat.



* Boleh tambah parmesan cheese powder semasa menghidang.
** Boleh juga ditambah dengan sayur-sayuran pilihan anda seperti lada benggala dan lain-lain.


6 comments:

Naimatul Hafizah Nor Rodin said... Reply to comment

best juga resepi ni,kak...
simple je.
harus di cuba!

Sue Aleen said... Reply to comment

Fiza:
The simplest recipe, tapi mengenyangkan...

MiuMiu said... Reply to comment

fuh! selera tengok. resepi pon mudah.
insyaallah nak try!

Sue Aleen said... Reply to comment

MiuMiu:
Memang ini masakan pasta paling simple & cepat siap. Tak perlu pergi ke pizza hut lagi dah.

♥mrs.azad said... Reply to comment

hah yang ni mudah and simple :)
best best! hihi

Sue Aleen said... Reply to comment

@♥mrs.azad
Ini menu malas... hihi.. tapi sedap...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...