Monday, 13 June 2011

Kek Karamel


Kek ini pertama kali saya buat pada 16 November 2010. Kali pertama terus buat 2 biji. Satu menggunakan susu cair, satu lagi menggunakan krim putar. Saya mendapat resepi ini di Kongsi Resepi (fanpage di Facebook) dari kak Munira Baharum.

Bahan-bahan:

(A)

2-3 sudu besar gula

~ Cairkan dalam loyang kek atas api yang perlahan sehingga terbentuk karamel. Ketepikan. Biarkan karamel keras sendiri. Jangan terlebih hitam, nanti pahit.


(B)

½ tin susu cair (200 ml) (kek berbentuk 4 segi dalam entry ini menggunakan krim putar)
70 gm gula kastor
½ sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
1 sudu besar kastard/tepung jagung

~ Kesemua bahan B ini dikacau perlahan-lahan (atau boleh dikisar sekaligus, kemudian ditapis). Jika banyak berbuih, lapisan susu ini akan berlubang.

Yang kiri menggunakan krim putar (berbentuk 4 segi),
yang kanan menggunakan susu cair (berbentuk bulat)

(C)

135 ml air
3 biji kuning telur
45 ml minyak masak
70 gm gula kastor
140 gm tepung gandum/superfine
1 sudu teh serbuk penaik

~ Pukul air, kuning telur dan minyak masak hingga berbuih. Masukkan gula, pukul hingga kembang. Masukkan sedikit demi sedikit tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik.


(D) (Meringue)

6 biji putih telur
70 gm gula kastor
1 sudu teh cream of tartar (optional)

- Pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan gula, pukul lagi. Masukkan cream of tartar. Pukul hingga bertanduk & diterbalikkan adunan tidak jatuh.


Cara penyediaan:

1. Tuang bahan B ke atas bahan A.

2. Kaup bahan D ke dalam bahan C hingga sebati dengan menggunakan senduk kayu/spatula sahaja. Bahagikan kepada beberapa bahagian. Bahagian-bahagian ini boleh diletakkan pewarna dan perisa. Kemudian tuang ke atas bahan B secara selang-seli untuk menghasilkan belang-belang.

3. Masukkan ke dalam oven selama sejam. Suhu 160°Celsius. Guna kaedah steam bake/bain-marie/water bath.

4. Setelah masak, kek akan lekang dengan sendiri dari loyang. Keluarkan dari oven. Biarkan selama 10-15 minit sebelum diterbalikkan.

5. Sedap dihidang sejuk.


Nota: Loyang tidak perlu dilengserkan terlebih dahulu.

11 comments:

quinnie said... Reply to comment

salam sue...kalau pakai loyang biasa tak yah lenser ye? saya memang nak cuba buat kek karamel nih...tapi risau kot masa nak kuar tu dia pecah...hehehe

Sue Aleen said... Reply to comment

@quinnie
Saya pakai loyang biasa la ni. Memang kek ni tak yah lengser sebab dia guna minyak. Dia takkan pecah. Cuma biarkan dia kat suhu bilik sebentar, lebih kurang 10-15 minit sebelum diterbalikkan.

quinnie said... Reply to comment

oh begitu..tq ye...

Sue Aleen said... Reply to comment

@quinnie
Sama-sama.. kang dah jadi share le.

Naimatul Hafizah Nor Rodin said... Reply to comment

kak,
kek ni fiza berangan nak try, tapi sampai sekarang masih belom try lagi... terliru sungguh tgk kek ni.

Sue Aleen said... Reply to comment

@Naimatul Hafizah Nor Rodin
Beli la oven, Fiza. Ari tu kan akak tengok oven butterfly yang hitam tu rega dia dah RM75.

Suri Safiyyah said... Reply to comment

cane la nak wat meringue tu kak sue...huuUU~

http://cuppymecupcakes.blogspot.com

Fara said... Reply to comment

k.sue, fara teringin nk buat..bhn2 pon ada kat umah tu tp kaedah steam bake/bain-marie/water bath tu camner??x tau la..

azian said... Reply to comment

loyang bsr isi air,ltkkn loyang kek 2 dlm loyang berisi air td n bkr sprti biasa...loyang air lbh bsr dr loyang kek

Anonymous said... Reply to comment

lepas tuang bahan b (karamel) atas bahan a, kena bake dulu atau x? kalau tuang mixture bahan c+d atas bahan b nanti xtenggelam ker? plezz

Anonymous said... Reply to comment

sis, saya da ikut betul2 resepi ni tp karamel tu tk menjadi..tk keras n meleleh lps kluarkan dr loyang..napa agaknya ya sis..?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...