Ini memang antara menu pasti keluarga kami. Selalu sangat buat. Spaghetti tu biasalah. Kuahnya adalah rekaan saya sendiri, tak pakai Preggo & seangkatan dengannya.
Bahan-bahan:
Setengah paket spaghetti (kadang saya pakai makaroni juga) - rebus ikut arahan di paket
Sedikit minyak untuk menumis
4 biji bawang putih - dicincang halus
3-4 tangkai cili kering - dihiris nipis
Setengah tiub daging/ayam cincang
1 tin kecil puri tomato (jika guna tomato segar, jadikan puri dari 3 biji tomato bersaiz sederhana)
2 sudu besar cili kisar (jika suka pedas, letak lebih sikit)
1 cawan air
1 sudu kecil lada hitam/sulah
1 sudu kecil serbuk oregano
1 sudu kecil oregano kasar (flakes)
Gula & garam secukup rasa
Cara buat kuah:
1. Tumis bawang putih & hirisan cili kering hingga keperangan dan naik bau.
2. Masukkan daging cincang. Tumis hingga agak garing.
3. Masukkan puri tomato & cili kisar. Tambahkan air. Biarkan masak hingga pecah minyak.
4. Tambahkan lada, serbuk oregano, oregano kasar, gula dan garam. Masak lagi sehingga kering sedikit.
5. Tutup api. Sedia untuk dihidangkan bersama daun parsli & serbuk keju parmesan (sekiranya ada).
Nota:
Boleh ditambah dengan bahan kegemaran masing-masing ~ cendawan, lada benggala, dll.
11 comments:
bagi fiza spegetti mcm ni, harus ada oregano, lada benggala... kalau tak de rasa tak betul je rasanya..
@Naimatul Hafizah Nor Rodin
Betul... tu sebab oregano tu wajib ada dalam dapur. Bahan lain tak de pun tak kisah. Tak de oregano tu tak feeling la...
Sue, salam kenal & follow ;)
@Sofea
Thanks, Sofea. Salam kenal juga.
wahh..bestnya..nk try la nanti..
da lama x makan spaghetti :)
@♥mrs.azad
Try le. Bahan dia simple je.
spagetti i like...
smlm pun kami mkan spagetti goreng..gara2 mlas msak..he..he
@Murni Delights
Spaghetti ni mengenyangkan. Pastu masak sekali harung je. Tu yang akak suka.
If x guna oregano bleh ker....
@yani
Tak boh oregano tak naik rasa dia. Hilanglah ciri Itali tu.
org tak tau masak nak ty nie...daging cincang tu nak kene tggu sampai empuk ke tidak...huhuhuhuhu...malunye...
Post a Comment