Tuesday, 14 June 2011

Mee Sanggul Goreng

Hari ni masak mee sanggul je la. Anak saya memang tak banyak ragamnya. Paling kuat makan pun budak berdua tu. Yang dua lagi tak makan mee. Malah Syafiah jenis tak makan nasi. Dia lebih gemarkan roti.

Mee sanggul ni sangat popular di negeri-negeri sebelah utara. Dulu agak sukar untuk mendapat produk tempatan sebab kebanyakannya datang dari Siam. Kini saya telah temui produk Muslim & tempatan keluaran Silaturrahim Enterprise. Jenama Azman. Satu peket berharga RM2.80. Saya membelinya di Stesen Petronas, Bandar Bharu.

Resepi Mee Sanggul Goreng

Bahan-Bahannya:-

250 g mee sanggul - celur terlebih dahulu
400 g udang, dibersihkan (saiz ikut suka, saya guna yang kecil saja)
2 batang kek ikan
3 biji telur
3 ulas bawang putih, cincang halus
2 sudu besar cili kisar
1 cekak sawi, cuci bersih dan kerat-kerat
Sedikit taugeh
Sedikit daun bawang/daun sup, dipotong-potong
Bawang goreng/hirisan cili merah, jika suka

Bahan Sos:-
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos plum
2 sudu besar kicap mee
3 - 4 sudu besar kicap cair



Cara membuatnya:-

1. Dalam kuali panaskan minyak dan goreng telur, hancur-hancurkan dan tolak ke tepi. Masukkan udang & kek ikan*, goreng sekejap dan tolak ke tepi kuali.

2. Tuang sedikit lagi minyak, tumis bawang putih hingga wangi, masukkan cili dan goreng hingga garing, masukkan bahan-bahan sos dan gaul hingga rata bersama kesemua bahan yg ditolak ke tepi kuali tadi.

3. Masukkan mee sanggul dan gaul hingga rata. Masukkan sawi dan taugeh tadi, gaul hingga mesra. Rasa garamnya, jika kurang boleh ditambah lagi kicap cair. Bila masak, angkat dan taburkan bawang goreng, hirisan cili merah dan hirisan daun bawang/daun sup. Hidangkan bersama cili jeruk, hirisan timun dan tomato.

*Boleh juga dimasukkan isi ayam, kerang mahupun daging. Bahan utama dalam resepi ini boleh juga digantikan dengan mee kuning, spaghetti atau pun koay teow.




Selamat mencuba!

12 comments:

Anna Qawina said... Reply to comment

haritu ada gak nampak yg muslim product tp nama lain la..nak bli gak, nampak macam tak kembang kan mee dia? biasa kat market cine jek..hehe

Sue Aleen said... Reply to comment

@Anna Qawina
Tu la. Susah nak cari produk mee sanggul yang Muslim ni. Tadi aku ingat terlebih celur. Tengok ok je, alhamdulillah.

Naimatul Hafizah Nor Rodin said... Reply to comment

menarik la mee ni kak...
susah nak cari ni, tak pernah nampak lagi kat sini...

Mama Hawa/Mama Nani said... Reply to comment

Sue...
kat spore susah lah nak cari mee jenis gini..tak tahu plak kalau yg jenis ni ada jual yg halal tak?
Tapi kalau dah nk mkn gunakan yg biasa jer pun kira alright lah..hahaha :)
kalau apa pun jenis mee Hawa fav :P

Sue Aleen said... Reply to comment

@Naimatul Hafizah Nor Rodin
Memang tak pernah jumpa lagi kat sini. Nanti akak balik & beli lagi.

ramizah said... Reply to comment

kena cari cap azman juga ni..sebab kedai2 kat sini masih jual mee sanggul yg diragui..tapi belum tgk lagi kat petronas sini..

Sue Aleen said... Reply to comment

@Mama Hawa/Mama Nani
Resepi ni saya guna mee pernah, koay teow pun pernah. Buat basah-basah. Best!

Sue Aleen said... Reply to comment

@ramizah
Cer tengok kat Petronas tu. Untung-untung dapat produk Muslim gak kan. Tak yah cari jauh-jauh.

ctsaratulhusna said... Reply to comment

k.Ella, ct slalu mmg beli kt Parit Buntar je..klu mak, adik2 nk mai kirim kt depa bang 4-5 bungkus..nk msk senang..sedap pn iye..my fav!!!

Sue Aleen said... Reply to comment

@ctsaratulhusna
Tu la. Yang ni pun beli kat area sana la. Takleh nak mintak orang lain tapau pasai yang dok area sini kami berdua ja.

niesah said... Reply to comment

salam... dah lama x makan mee sanggul.... kat melaka susah nak carik mee sanggul yang halal.. boleh x bg alamat sykt azman tu... emailkan kat saya blh... hanisah_pg@yahoo.com.my

Sue Aleen said... Reply to comment

@niesah
Wsalam. Tq for stopping by. Niesah boleh dapatkan alamat dan contact no macam tertera di dalam gambar dalam entry ni ya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...