Wednesday 15 June 2011

Udang Goreng Mentega


Dulu-dulu kami sangat suka makan di Kelana Seafood Center (KSC), Kelana Jaya. Kemudian KSC ini membuka cawangannya di tempat tinggal kami. Harga makanannya jauh lebih murah di cawangan berbanding dengan di Kelana Jaya. Antara makanan kegemaran saya ialah udang goreng mentega dan cekodok udang ubi keledek (bukan cekodok yang kecil-kecil tu, ini dimakan bersama dengan nasi).

Saya mengenali chef utama di cawangan yang saya kenali sebagai Chef Khairy. Sering makan tengahari semeja dengannya. Malah dia pernah mengajar memasak udang goreng mentega & cekodok udang ubi keledek itu semasa kami tengah makan! Aduh.. mana la saya boleh ingat. Yang saya boleh lakukan hanya membayangkan rasa sedap kedua-dua makanan tersebut (kakak saya memberi petua ~ untuk memasak, kita terlebih dahulu kena peka dengan bahan yang dimasukkan ke dalam satu-satu masakan).

Sayangnya KSC kini hanya tinggal nama. Akhbar The Star melaporkan bahawa KSC telah dengan rasminya ditutup pada 30 April 2008. Sebelum ia ditutup, cawangannya di SU terlebih dahulu diarahkan agar ditutup. Untuk menghilangkan rasa rindu udang goreng mentega KSC, saya cuba untuk mengingatkan kembali pada apa yang diajar oleh Chef Khairy.


Kelab di mana terletaknya cawangan KSC di tempat kami.


Antara petua dia yang saya masih ingat, semasa memutar telur di dalam minyak tu perlu diputar laju-laju tanpa henti dan kena pandai kawal api. Yang lain, saya hanya menggunakan ingatan deria rasa saya. Tapi sudah tentulah rupanya tidak akan sama. Untuk menghasilkan telur goreng yang bertali itu sudah tentulah peralatan dapurnya kena sesuai. Terutamanya kuali untuk menggoreng itu. Kualinya perlulah seperti kuali di restoran besar yang mana ia perlulah besar & minyak yang digunakan perlu banyak.



Bahan-bahan:
2 biji kuning telur - dipukul
5 ekor udang besar (XL)
3 biji cili api - dipotong kecil
2 tangkai daun kari
susu cair/buttermilk - nak banyak pun ok
sedikit garam
sedikit gula
mentega/marjerin (jika marjerin, saya gunakan jenama Daisy)
minyak

1. Masukkan sedikit minyak (dalam 2 sudu besar) dan mentega/marjerin (dalam 3 sudu besar) dalam kuali. Jangan letak mentega saja nanti cepat hangit. Pastikan minyak betul-betul panas. Apabila sudah panas, turunkan telur perlahan-lahan sambil sebelah tangan lagi memutarkan telur itu tanpa henti (putar macam mamak bancuh air kat kedai tu, non stop high speed). Masak sehingga telur bertukar warna kecoklatan. Angkat dan toskan. Biar sejuk.

2. Goreng udang besar sampai masak & angkat.


3. Tumiskan cili api dalam minyak & butter yang dipanaskan terlebih dahulu. Masukkan daun kari (buang batangnya). Biar sampai layu sedikit. Masukkan sedikit susu cair, garam & gula. Masukkan udang. Kacau selama beberapa minit. Angkat.

4. Gaulkan udang dengan telur yang telah digoreng tadi.

5. Sedia untuk dimakan. Nah! Tak perlu lagi beli di luar. Saya memang dah buat ni berkali-kali. Jadi menu kegemaran keluarga pula lagi.

Tips:

1. Sebelum menurunkan telur, pastikan minyak panas terlebih dahulu.

2. Semasa menurunkan telur, kacau telur itu dalam satu arah sahaja. Jika mengikut arah jam, ikut arah itu saja sehingga selesai. Jangan putar & berhenti. Perlu putar tanpa henti sehingga telur benar-benar masak (bertukar kecoklatan). Ia akan berbuih.



4 comments:

No Lan said... Reply to comment

nih mmg paberet anak branak ni..klo ketam n udang sll buat camni..tp telo dia sll buat tak cantik berjurai2 hehe..sebabnya buat 1biji terus bukan amik kuningnya hehe..

Sue Aleen said... Reply to comment

@Norhafiza
Kalau nak telur yang tak putus tu kena pakai kuali besar & minyak banyak. Biar telur tu tenggelam dalam minyak. Tapi tu la.. kita kat rumah ni guna apa yang ada je la.

Kalau buat whole egg memang tak berapa nak comel dia punya telur goreng tu. Cuba asingkan, yang putih tu mungkin boleh buat macaron.

*Panjangnya komen. Anyway, thanks sebab singgah :)

Anonymous said... Reply to comment

Butter prawn is also my fav..few times buat tp x jd mcm kt kedai- bertali2 halus.. Wanna try this recipe one day.. Between u stay at SU? I live there too n feel so disappointed when kelana seafood Cease their operation back in 2008.. Tu la tempat yg paling happening at SU during that time hehe..

Sue Aleen said... Reply to comment

@Anonymous
Betul.. betul.. tempat paling happening masa KSC tu ada kat kelab. Rindu betul nak makan kat situ. HQ dia pun dah tak de lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...