Showing posts with label Cookies/Biscuits. Show all posts
Showing posts with label Cookies/Biscuits. Show all posts

Friday, 10 June 2011

Macaron Coklat


Inilah hasil macaron saya yang pertama. Nampak tembam bukan.. hihi...

Seriously buat macaron ni agak renyah dan mencabar kesabaran. Sekiranya anda pernah membuatnya tidak mustahil ada masa-masanya ia tidak menjadi. Dan tidak mustahil dalam kita membuat macaron ni ada batch yang akan jadi begini:



Apakah sebenarnya Macaron ni?

Dari Wiki:

A macaron (French pronunciation: [makaˈʁɔ̃])[1][2] is a sweet confectionery made with egg whites, icing sugar, granulated sugar, almond powder or ground almond, and food coloring. The macaron is commonly filled with buttercream or jam filling sandwiched between two cookies. Its name is derived from an Italian word "maccarone" or "maccherone". This word is itself derived from ammaccare, meaning crush or beat, used here in reference to the almond paste which is the principal ingredient.[3] It is meringue-based: made from a mixture of egg whites, almond flour, and both granulated and confectionery sugar.

The confectionery is characterized by its smooth, domed top, ruffled circumference (referred to as the "foot"), and flat base. It is mildly moist and easily melts in the mouth.[4]

Macarons can be found in a wide variety of flavors that range from the traditional (raspberry, chocolate) to the new (truffle, green matcha tea). The fillings can range from jams, ganache, or buttercream. Since the English word macaroon can also refer to the coconut macaroon, many have adopted the French spelling of macaron to distinguish the two items in the English language. However, this has caused confusion over the correct spelling of the cookie/biscuit. Some recipes exclude the use of macaroon to refer to this French confection while others think that they are synonyms.[5]


Sejarah tentang kewujudan macaron ni boleh dibaca di pautan di atas.



Resepi di bawah ini adalah berdasarkan kepada kaedah French.

Bahan-bahan (untuk shell):

2 biji telur putih (saiz L) (80 g)
60 g gula kastor
80 g serbuk badam
100 g gula aising
3 sudu besar serbuk koko

* Jika tidak mahu warna dan perisa coklat, masukkan esen vanilla dan pewarna serta perisa kegemaran sendiri.

Filling:
* Ikut citarasa sendiri. Saya letak peanut butter je.


Cara buat:

1. Ayak serbuk koko, serbuk padam & gula aising. Ketepikan.

2. Pukul telur putih sehingga gebu dengan kelajuan maksima. Masukkan gula kastor. Pukul lagi sehingga telur bertanduk dan jika diterbalikkan tidak jatuh.

3. Masukkan bahan yang diayak ke dalam meringue tadi sedikit demi sedikit. Kaup dengan spatula.

4. Masukkan ke dalam piping bag. Picit ke atas dulang yang telah dialas dengan baking paper (baking paper ini telah dilakar menggunakan syiling 20 sen dengan jarak 3 cm serta diterbalikkan). Ambik pencungkil gigi, pecahkan mana-mana gelembung udara yang terbentuk di permukaan macaron.

5. Rehatkan adunan ini selama 30-45 minit sebelum dibakar atau sehingga disentuh ia tidak akan melekat di jari.

6. Bakar dalam oven pada suhu 140-150°C bergantung pada oven masing-masing. Saya guna oven Pensonic AE-11N, api bawah sahaja, suhu 140°C selama 10-15 minit. Sejukkan sebelum letak inti.

Sumber berkaitan:
1. Blog kak Ita (Masam Manis).

2. Blog Abi (Vanilla & Lace).

Selamat mencuba!

Thursday, 9 June 2011

French Macaron anyone?

One of the most challenging cookies on earth. I've done this twice. One using the French method, and this one using the Italian method. I'll translate a site - Macaron : Tips, Tricks and How To Macaronnage, if I've time, insyaAllah.

This recipe I got from a video on Youtube (translated to BM for easy reference). Credit to favabeany:


Bahan untuk shell:

Bahan A

120 g badam (kisar halus)*
120 g gula aising* (ayak sekali bahan bertanda *)
60 g putih telur
beberapa titis pewarna/perisa

Bahan B

60 g putih telur
100 g gula kastor/gula biasa
50 g air


Cara buat:

1. Satukan ke semua bahan A hingga sebati menggunakan spatula sehingga menjadi pes.

2. Di dalam mangkuk yang bersih dan kering, masukkan putih telur. Sebaiknya telur ini disimpan di dalam peti ais selama beberapa hari sebelum digunakan. Untuk guna, keluarkan dari peti ais dan biarkan sekejap pada suhu bilik. Pukul telur tadi sehingga kelihatan soft peak.

3. Sementara telur dipukul (pemukul perlu dibiarkan dalam keadaan berputar sentiasa. Kelajuan sederhana), panaskan gula kastor bersama dengan air di atas dapur gas sehingga ia mencecah suhu 118'C.

4. Tuangkan perlahan-lahan sirap yang masih panas tadi ke dalam telur yang sedang diputar. Pukul lagi sehingga adunan menjadi sejuk, berkilat dan kental lebih kurang selama 15-20 minit (sekiranya diangkat adunan takkan jatuh. Rupanya seakan-akan krim putar yang telah diputar).

5. Masukkan sedikit adunan telur putih ke dalam adunan badam. Kaup menggunakan spatula perlahan-lahan. Masukkan bakinya dan gaul rata. Jangan overmix. Adunan ini tidak sepatutnya cair dan bila diangkat ia akan turun perlahan-lahan (lava look).

6. Masukkan adunan macaron ni ke dalam piping bag. Picit dan jarakkan adunan ini di antara satu sama lain bagi membenarkan ia naik & mengembang. (saya print bentuk bulat ke atas kertas A4 & letakkannya dia bawah baking paper supaya saya boleh menggunakannya lagi :)). Tanpa menggunakan pencungkil gigi, hentakkan saja dulang berisi adunan macaron perlahan-lahan bagi membuang ruang udara. Rehatkan selama 30 minit.

7. Sementara adunan direhatkan, panaskan oven ke 130°C (atau bergantung kepada oven masing-masing).

8. Masukkan dulang macaron ke dalam oven & masak selama 10-15 minit. Menggunakan api bawah saja. Apabila macaron masak, biarkan ia sejuk sebelum diletakkan isi.


* untuk filling, sila ikut citarasa anda... buttercream pun boleh, nutella pun boleh, ganache pun boleh... etc. yang ini saya gunakan blueberry untuk mengimbangi kemanisan shell macaronnya.



Best sungguh rasanya bila kaki mac ni keluar... terasa seperti semacam nak melompat saja... Sedikit tips untuk membuat macaron ~ pastikan ia dibuat ketika cuaca panas (tapi saya buat ni ketika malam, ada solutionnya) & buatlah dengan senyumannnn :).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...