Tahukah anda dari mana asalnya kari hijau? Ya.. ia berasal daripada Thailand.
Dari Wiki:
Kari hijau ini sedap rasanya. Lemak tapi tidak muak. Mungkin kerana rasa rempah & aroma daun limau purutnya itu yang telah mesra dengan kuah dan isi ikannya. Resepi ini diambil dari buku Belajar Memasak 2 keluaran Alaf 21 oleh Chef Norzailina Nordin.

Kari Hijau Ikan Tongkol
Bahan-bahan:
80 ml minyak masak
900 gm ikan kayu/tongkol/aya
700 ml santan
Jus dari sebiji limau nipis
2 sudu teh ketumbar*
1 sudu teh jintan manis*
1 sudu teh lada putih - ditumbuk
2-3 keping daun limau purut
Garam & gula secukup rasa
*Bahan-bahan ini disangai dan ditumbuk halus.
Bahan kisar:
5 biji cili hijau
5-6 biji cili api
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sm halia
1 sm kunyit
sedikit air
Cara buat:
1- Panaskan minyak & tumis bahan kisar hingga naik bau.
2- Masukkan ketumbar, jintan manis & lada putih. Kacau hingga keluar minyak.
3- Tuangkan santan dan kacau sekali-sekala di atas api sederhana hingga mendidih.
4- Tambah garam & gula secukup rasa.
5- Masukkan pula daun limau purut yang dibuang batangnya.
6- Masukkan ikan, kacau hingga mendidih dan ikan masak. Masukkan jus limau. Kacau rata dan angkat.
*Ikan tongkol/kayu/aya boleh ditukar ke daging/ayam atau ikan lain yang dirasakan bersesuaian.
Dari Wiki:
Kari masakan Thailand menggunakan daging, ikan, atau sayur-sayuran yang dimasak di dalam sos berempah yang diperbuat daripada cili, daun limau purut, serai, lengkuas, dan santan. Oleh itu, ia cenderung berbau lebih harum, berbanding dengan kari India.
Kari-kari Thailand seringnya dihuraikan mengikut warna, iaitu:Kari Merah untuk kari yang menggunakan cili merah; Kari Hijau yang menggunakan cili hijau; Kari Kuning yang mirip dengan kari India dan yang menggunakan kunyit dan jintan putih.
Kari Kuning yang biasanya mengandungi ubi kentang juga dikenali sebagai kari gaeng (ejaannya berbeza-beza). Terjemahan harfiah untuk kari gaeng ialah "kari kari" kerana ia adalah satu-satunya kari Thailand yang benar-benar merupakan kari dan disesuaikan daripada masakan India.
Kari hijau ini sedap rasanya. Lemak tapi tidak muak. Mungkin kerana rasa rempah & aroma daun limau purutnya itu yang telah mesra dengan kuah dan isi ikannya. Resepi ini diambil dari buku Belajar Memasak 2 keluaran Alaf 21 oleh Chef Norzailina Nordin.

Kari Hijau Ikan Tongkol
Bahan-bahan:
80 ml minyak masak
900 gm ikan kayu/tongkol/aya
700 ml santan
Jus dari sebiji limau nipis
2 sudu teh ketumbar*
1 sudu teh jintan manis*
1 sudu teh lada putih - ditumbuk
2-3 keping daun limau purut
Garam & gula secukup rasa
*Bahan-bahan ini disangai dan ditumbuk halus.
Bahan kisar:
5 biji cili hijau
5-6 biji cili api
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sm halia
1 sm kunyit
sedikit air
Cara buat:
1- Panaskan minyak & tumis bahan kisar hingga naik bau.
2- Masukkan ketumbar, jintan manis & lada putih. Kacau hingga keluar minyak.
3- Tuangkan santan dan kacau sekali-sekala di atas api sederhana hingga mendidih.4- Tambah garam & gula secukup rasa.