Saturday, 23 July 2011

Cheesy Fair Lady Cake

Di sebelah ni versi asal yang saya buat pada 9 Mac 2011 yang lalu. Petang tadi saya buat lagi. Cuma ada beberapa perbezaan yang telah saya buat. Salah satu pada hiasan. Coklat putih saya sudah dihabiskan untuk kek belang mini tempohari. Jadi parutan coklat putih ini tiada pada versi kali ini.

Kek ini sedap dan menjadi salah satu kek kegemaran saya walau pun ia nampak sangat plain pada versi asal. Itulah sebab namanya begitu ~ fair.



BAHAN UNTUK KEK:-

5 biji telur Gred A
120 g gula
15 g ovalette
125 g tepung gandum*
1 sudu teh serbuk penaik*(*disatukan dan diayak)
Beberapa titis pewarna/perisa (sekiranya suka)
75 g minyak jagung
2 sudu besar susu segar/cair
1 sudu teh esen vanila



Cara buat kek:-

1. Pukul telur sampai putih dan kembang.

2. Masukkan gula, ovalette (optional) & beberapa titis pewarna/perisa. Pukul lagi seperti membuat bahulu.

3. Masukkan tepung dan serbuk penaik yang telah diayak sedikit demi sedikit berserta dengan susu segar & esen vanilla.

4. Kemudian masukkan minyak jagung dan pukul sebati (tak perlu lama).

5. Masukkan dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Suhu 180°C. Api bawah saja. Bakar sehingga masak guna kaedah steam bake. Sejukkan selepas masak. Kemudian boleh dibahagikan kepada 3/lebih bahagian menggunakan serrated knife.



BAHAN UNTUK LAPISAN KEJU:-

100 gm mentega
250 gm krim keju
100 gm gula aising *diayak
100 gm fresh cream/non dairy whipping cream
2 sudu teh perisa oren/parutan oren

Cara buat:-

1. Pukul mentega dan krim keju hingga sebati. Kemudian masukkan gula aising dan fresh cream. Masukkan pula perisa oren/parutan oren. Pukul hingga kembang.


UNTUK HIASAN/TOPPING:-

100 gm fresh cream
Coklat putih (ikut suka) *diparut

1. Pukul fresh cream sampai kental. Jangan terlebih pukul nanti dia cair balik. Salut pada kek. Taburkan dengan coklat putih yang telah diparut.


Cara melapis:

Lapisan kek - lapisan keju - lapisan kek - lapisan keju - lapisan kek - hiasan/topping - coklat putih yang diparut. Simpan sekejap dalam peti ais sebelum dipotong. 15 minit pun dah cukup.


Nota:

1. Saya timbang dan masak 3 kali. Setiap timbangan seberat 200 gm. Masak selama 20 minit setiap satu. Acuan berbentuk segi empat bersaiz 8 x 8 x 3. Nak cantik seperti dalam gambar pertama, saya guna acuan 7". Setiap satu timbangan adalah seberat 120 g.

2. Lapisan keju untuk kek ini tidak mudah cair. Malah sesuai digunakan untuk kek lain seperti kek baldu merah (red velvet cake).

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...