Monday, 25 July 2011

Kuih @ Bubur Qasidah

Saya macam pernah lihat kuih qasidah ini tidak lama dulu. Bila Jue, salah seorang kawan RH saya tayang gambar di FB hari ni, hati bagai digaru untuk buat kuih ni. Terima kasih, Jue. Bagi inspirasi pada akak ni.

Kuih ini berasal dari utara. Resepinya mudah sekali. Yang penting kena dengan citarasa saya. Maklum sajalah saya kan orang sebelah sana juga.


Bahan:

2 cawan tepung gandum
4 1/2 cawan air
1 sudu besar tepung jagung
1 cawan gula
sedikit garam
5 sudu besar minyak sapi
10 ulas bawang merah - dirincik

Cara membuatnya:

1. Campurkan tepung gandum, tepung jagung, gula air dan garam.

2. Tapis dan masak atas api sehingga pekat.

3. Bila dah agak pekat dan tak berapa melekat dikuali/periuk boleh la tuang kedalam acuan.



4. Panaskan minyak sapi dan goreng bawang sehingga kekuningan, taburkan diatas kuih tadi.

5. Bila dah sejuk bolehlah dipotong.

Sumber : Juadah Masakan Mami (Hjh Fadilah Hanum)


Nota:

1. Saya memasukkan adunan kuih ini ke dalam acuan lompang.



2. Biarkan ia sejuk sepenuhnya. Ini bagi memudahkan ia dikeluarkan kemudian.


3 comments:

Rtp Farra Arisha said... Reply to comment

hmmm sedapnya kuih tu. rasanya arisha belum pernah makan lagi. berminat saja nak buat :))

Sue Aleen said... Reply to comment

@Rtp Farra Arisha
Try la buat separuh dulu. Bawang tu banyak-banyak pun tak pe. Saya makan mesti tambah bawang lagi. Memang best.

Consultoria RH said... Reply to comment

Este blog é uma representação exata de competências. Eu gosto da sua recomendação. Um grande conceito que reflete os pensamentos do escritor. Consultoria RH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...