Wednesday 27 July 2011

Chocolate Chip & Nestum Crepe

This was our breakfast this morning ~ chocolate chip & nestum crepe (lempeng in Malay). It's thinner than pancake:

A crepe or crêpe (English pronunciation: /ˈkreɪp/,[1] French: [kʁɛp]), is a type of very thin pancake, usually made from wheat flour. The word is of French origin, deriving from the Latin crispa, meaning "curled." While crepes originate from Brittany, a region in the northwest of France, their consumption is widespread in France and they are considered a national dish. In Brittany, crepes are traditionally served with cider. Crepes are served with a variety of fillings, from the most simple with only sugar to flambéed crêpes Suzette or elaborate savoury fillings.

Source : Wiki




Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum
2 sudu besar gula kastor
2 biji telur
1/2 sudu teh esen vanilla
3/4-1 cawan susu segar
3 cawan nestum
1/2 cawan coklat chip (dark)
2 sudu besar minyak/marjerin (untuk memasak)

1. Satukan semua bahan kecuali minyak/marjerin ke dalam pengisar. Kisar hingga halus.

2. Rehatkan adunan ini di dalam peti sejuk selama 15-30 minit dengan menutup bahagian atasnya dengan plastik. Adunan direhatkan dengan tujuan menjadikannya licin dan lembut.

3. Keluarkan dari peti ais. Adunan mungkin akan sedikit pekat ketika ini. Campurkan & kacau 1 sudu besar susu ke dalamnya sekiranya perlu.

4. Sapukan sedikit minyak ke atas permukaan kuali non-stick.

5. Bila kuali telah panas, tuangkan satu senduk adunan ke atas kuali dan pusingkan kuali beberapa kali untuk menghasilkan crepe yang nipis. Terbalikkan apabila yang sebelah lagi masak. Angkat apabila kedua-dua belahnya bertukar warna.


Nota:

1. Crepe ni boleh dimakan begitu saja atau pun dibuat inti (fillings) seperti jem, chocolate ganache, susu, aiskrim, buah beri, kacang dan sebagainya. Topping pula boleh diletakkan dengan ayakan gula aising, just lemon, krim putar, buah-buahan segar dan sebagainya.

2. Untuk menghasilkan crepe yang asas, sila abaikan nestum & coklat chip.

3. Bahan-bahan tersebut juga boleh digantikan dengan bahan lain seperti oat, emping jagung dan lain-lain.


3 comments:

ainie syeema said... Reply to comment

wow ! simple jer .. ni yang mbakar smngt nak buat nie :)
tq kak sue !

Sue Aleen said... Reply to comment

@ainie syeema
buat je, Ainie. kacang je ni. janji ada bahan & non-stick pan.

Fara said... Reply to comment

kak..nnt dia akan jd lembut ker atau jd rangup ehh..cam apam balik nipis yer..??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...