Tuesday, 12 July 2011

Kek Coklat Kukus (Versi Mak Mertua)

Beberapa minggu yang lepas, kami pulang ke kampung suami di SB. Saya dah beberapa kali melihat mak mertua buat kek kukus coklat ini. Namun asyik lupa minta resepi. Oleh kerana dia ada menerima tempahan, sambil menolong dia (tak la tolong banyak sangat, sekadar letak adunan dalam acuan je), saya pun ambil kesempatan menyalin resepi melalui memori saja.

Resepinya mudah sangat & mudah diingat. Dan lebih mengujakan, ianya menggunakan pengisar! Rasanya pula seperti seakan-akan apam coklat.




Bahan-bahan:

3 biji telur
1 cawan gula halus (atau gula kasar yang dikisar terlebih dahulu)
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak
1 cawan tepung gandum*
1 cawan tepung kek*
1/2 cawan serbuk coklat*
1 sudu teh soda bikarbonat* (*diayak bersama)
1 cawan air panas

Cara membuatnya:

1. Panaskan pengukus dengan api yang sederhana.

2. Kisar telur sehingga kembang. Masukkan gula halus, susu pekat dan minyak. Kisar lagi hingga sebati.

3. Masukkan tepung yang telah diayak bersama coklat dan soda bikarbonat sedikit demi sedikit. Kaup balik saja adunan ini.

4. Tuang air panas perlahan-lahan & sebatikan adunan.

5. Tuang ke dalam acuan (lengserkan dengan marjerin)/cawan kertas (3/4 daripada acuan/cawan kertas tersebut). Masukkan dalam pengukus. Kukus hingga masak (lebih kurang 20-30 minit).

6. Selepas masak, biarkan ia sejuk sebelum dikeluarkan.


Nota:

* Saya hanya buat separuh adunan. Boleh dapat dalam 2 dozen jika guna acuan lompang.

3 comments:

Nuwairani said... Reply to comment

assalamualaikum..sy baru follow sini kot..sedapnya...penuh rasa coklat..kalau dikukus, konfem rasa moist tu...

Sue Aleen said... Reply to comment

@nuwairani ismail
wsalam. thanks for following my blog. saya actually tak berapa dah dengan kek coklat ni. cuma yang ini rasa dia beza sikit. rasa macam apam.

Murni Delights said... Reply to comment

nmpak menarik..dan menyelerakan..hik..hik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...