Wednesday, 13 July 2011

Popia Nestum

Yang ini ramai yang dah tahu buat. Mudah & cepat habis. Sesuai dijadikan salah satu menu hari raya juga.

Bahan-bahan:

200 g kulit popia (paket kecil 50 keping)
1/3 cawan nestum
2 sudu besar gula
1/4 cawan susu tepung


Cara buat:

1. Keluarkan kulit popia dari peti ais & biarkan seketika.

2. Gulung kulit popia. Nak cepat boleh gulung dengan pencucuk sate. Lekatkan hujungnya dengan sedikit air.



3. Gunting kulit popia ini secara menyerong/ikut suka anda.

4. Goreng dan balik-balikkan kulit popia sehingga masak dan berwarna keemasan.

5. Angkat & toskan. Biar sejuk sedikit.

6. Golekkan di dalam nestum, susu dan gula tadi. Sedia untuk dihidang.



Nota:

Nestum boleh juga digantikan dengan horlick. Cuma saya tak pernah beli horlick ni. Juga boleh dibuat sira pedas. Adakalanya saya hanya makan popia goreng ni begitu saja tanpa salutan.


4 comments:

Fazlinil Irma said... Reply to comment

sedap ni kak sue. sy dulu pernah tolong kawan buat jual. banyaknya jual dekat sy. bukan kat org. hehe.

ni nampak gaya. sambil2 duduk tgok tv. boleh buat sendiri.

Sue Aleen said... Reply to comment

@Fazlinil Irma
Orang lipat kain, kita gulung popia. Yang mana dah goreng tu memang tak dan masuk balang/hidang, memang masuk dalam perut terus.

Fazlinil Irma said... Reply to comment

macam tu la kalau ada pelanggan setia kak sue. tak sempat2. ;D

Sue Aleen said... Reply to comment

@Fazlinil Irma
Itu bukan pelanggan tu. Itu pemakan setia... hahaha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...